Kegemukan Di Kalangan Bayi
Biasa kan kita tengok bayi yang gemuk dan montel.. Apabila kita tengok bayi montel mesti kita rasa geram.. nak cubit je pipinya.. Bayi yang gemuk dan montel dianggap bayi yang sihat dan nampak lebih comel berbanding bayi yang kurus. Tetapi, tahukah anda bayi seperti ini sebenarnya cenderung mengalami masalah obesiti yang boleh mengundang penyakit yang merbahaya. Apakah punca bayi gemuk?
Tanpa ibu bapa sedari, kegemukan bayi sebenarnya adalah berpunca daripada susu formula yang diberi dengan berlebihan. Terdapat banyak penyelidikan yang menunjukkan kumpulan kanak-kanak yang diberi susu tepung, lebih gemuk dari kumpulan kanak-kanak yang diberi susu badan. Ini kerana kebanyakan ibu yang member susu tepung atau susu formula, selalu menggalakkan bayi mereka menghabiskan
susu di dalam botol tanpa mengambil kira sama ada bayi tersebut sudah kenyang atau tidak. Selain itu sudah tentu ibu merasa rasa rugi sekiranya susu yang dibancuh tidak habis diminum. Akibatnya kuantiti susu yang bayi minum adalah lebih daripada sepatutnya. Jika susu yang lebih pekat diberikan, kalori juga akan bertambah dan ini mengakibatkan bayi itu menjadi gemuk. Selain itu, ramai ibu bapa mengukur tahap kesihatan anak berdasrkan pada kegemukan anak. Bagi mereka anak gemuk bermakna sihat.
Satu penyelidikan menunjukkan bahawa bayi-bayi yang mendapat susu badan lebih aktif, kurang tidur dan lebih mendapat stimulasi berbanding mereka yang diberi susu tepung. Apabila bayi menghisap susu ibu, bayi akan menggunakan kalori yang lebih banyak daripada bayi-bayi yang diberi susu tepung. Ini kerana mereka perlu menggunakan lebih tenaga untuk menyedut bagi merangsang penghasilan susu.
Menurut pakar pediatrik, Dr Altaf, bayi yang menyusu badan biasanya akan mendapat berat badan yang normal jika dibandingkan dengan bayi yang minum susu formula. Hal ini kerana, bayi yang menyusu badan biasanya hanya akan minum susu ibunya untuk satu had tertentu sahaja. Apabila sudah kenyang dia akan berhenti dengan sendirinya. Perkara inilah yang membuatkan bayi punyai bentuk badan yang mantap.
Kita dah nampakkan masalah sebenar bayi gemuk. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak gemuk, usahlah risau dengan fakta di atas. Berat badannya akan berkurang apabila ia mula akif seperti merangkak dan berjalan. Dari penyediaan susu, anda boleh menghadkan pengambilan kuantiti susu tepung dengan melebihkan kandungan air dalam botol susunya secara perlahan-lahan. Anda juga digalakkan meluangkan lebih banyak masa untuk bermain-main dengan bayi anda supaya bayi anda tidak tidur sepanjang masa. Anda juga tidak perlu lagi menggalakkan anak menghabiskan susu yang masih berbaki di dalam botol susunya. Sekiranya pertambahan berat badan anak anda tidak normal, segera berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan khidmat nasihat.
Bagi ibu-ibu yang menyusu badan tentunya ini merupakan berita gembira bagi anda kerana tidak semestinya bayi anda yang agak kecil, bermakna tidak mendapat zat yang cukup dari susu anda. Apa yang penting mereka membesar dengan sihat dan tidak mempunyai masalah yang berkaitan dengan kesihatan. Saya amat menyokong penyusuan susu ibu kerana ia memberi banyak manfaatnya bukan sahaja kepada bayi anda malah kepada diri anda juga.
Untuk sebarang pertanyaan, tips dan panduan tentang produk Shaklee, hubungi saya
019-6402117, add/like fb : Oh Mama Shoppe
No comments:
Post a Comment