BAYI MERAGAM SUSU
TIDAK LANCAR
“Ketika menyusukan bayi, hanya payu dara kanan mengeluarkan
susu dengan lancar. Payu dara kiri pula tidak mengeluarkan susu dengan banyak.
Akibatnya saya tidak selesa kerana payu dara sering berat sebelah. Malah, jika
anak menyusu sebelah kiri, dia akan meragam kerana pengeluaran susu tidak lancar.
Apakah puncanya dan jalan penyelesaiannya?"
Jawapan
Ada kalanya bayi akan menolak atau meragam ketika menyusu
dari anda atas beberapa sebab. Antaranya refleks pancutan susu terlalu perlahan
atau terlalu laju ataupun bekalan susu berkurangan. Oleh kerana itulah, bayi
lebih suka menyusu dari payu dara yang mana aliran susunya lebih baik dan
banyak. Keadaan ini juga menjadi penyebab mengapa saiz payu dara berbeza (satu
besar, satu kecil). Kadang kala ini boleh menyebabkan ibu berasa tidak selesa.
Antara punca mengapa berlakunya perbezaa bekalan dan aliran susu di antara payu
dara ialah:
Keadaan fizikal payu dara
Semua wanita mengalami keadaan di mana sebelah payu dara
mempunyai lebih duktus atau alveoli berbanding yang sebelah lagi. Keadaan ini
adalah normal. Perbezaan keadaan aerola/putting agak biasa berlaku (putng
tenggelam/leper). Keadaan ini menyebabkan bayi lebih mudah dan gemar melekap
pada payu dara yang berkeadaan normal.
Bayi menggemari salah satu belah payu dara sahaja.
Kebiasaannya bayi akan lebih menggemari satu beleh payu
dara. Oleh itu, dia akan lebih menyusu dengan lebih efisyen dan kerap menerusi
payu dara yang disukainya.
Ibu menggemari salah satu belah payu dara.
Antara sedar atau tidak, anda mungkin lebih suka menawarkan
sebelah payu dara lebih kerap berbanding yang sebelah lagi. Biasanya perkara
ini akan berlaku pada waktu malam apabila ibu tidak perasan kerana terlalu
letih atau mengantuk.
Pembedahan atau kecederaan
Jika salah satu belah payu dara pernah cedera atau dibedah,
ia mungkin mempengaruhi bekalan atau aliran susu. Kesabaran atau kegigihan
adalah kunci kejayaan. Teruskan usaha anda! Bayi anda mungkin akan menerima
kembali payu dara seblah kiri anda sedikit masa lagi. Jika dia masih meragam
atau enggan, anda harus teruskan rangsangan di payu dara kiri dengan memerah
sekerap mungkin. Ini penting untuk memastikan bekalan susu berkekalan. Sekiranya
perbezaan payu dara merisaukan anda, terdapat beberapa tip untuk memperbetulkan
keadaan.
Mulakan penyusuan pada payu dara yang kurang digemarinya. Pastikan
bayi berada dalam keadaan tenang ketika itu dan lebihkan penyusuan pada payu
dara tersebut. Memerah payu dara yang kecil selama 5-10 minit selepas sesi
penyusuan.
Penyelesaian
Perlu diingat bahawa bayi perlu dipujuk bukan dipaksa! Oleh itu,
teknik memujuk amatlah penting dalam usaha untuk mengembalikan minatnya untuk
menyusu di sebelah payu dara yang tidak digemari.
1. Cuba susukan bayi ketika dia baru bangun tidur
dan belum benar-benar sedar atau ketika dia sedang mengantuk. Bayi akan lebih
mudah bekerjasama dan bertindak secara spontan.
2. Mulakan penyusuan pada payu dara yang kurang
digemarinya terlebih dahulu dan apabila berlaku pancutan reflex, alih ke payu
dara yang sebelah lagi tanpa mengubah posisi kepalanya. Sebagai contoh, mulakan
dengan posisi Cradle Hold kemudian alihkannya kepada posisi Football Hold. Anda
juga boleh praktikkan posisi penyusuan yang lain.
3. Menyusu di bilik yang gelap atau berkeadaan
sunyi dan sepi.
4. Cuba menyusu sambil sambil berjalan,
mengayun-ayunkannya dengan perlahan sehingga bayi menerima payu dara yang
kurang digemari.
5. Jika bayi lebih gemarkan payu dara yang
mempunyai aliran susu yang lebih laju, lakukan urutan untuk mempercepatkan
aliran susu di payu dara yang mana alirannya perlahan. Jika sebaliknya, kepit
(Scissor hold) di bahagian aerola untuk memperlahankan aliran susu. Untuk merangsang
penghasilan susu dengan lebih banyak di payu dara yang mana alirannya perlahan,
puan bpleh mengepam payu dara tersebut untuk memastikan bekalan susu yang
berkekalan.
Soalan dijawab oleh Pakar
Laktasi, Rita Rahayu Omar
Dapatkan produk
Shaklee dengan harga istimewa, info dan tips kesihatan dari saya;
Call/WhatsApp: 019-6402117 (Ina)
Add/Like FB : Mama Sihat Dengan Vitamin Organik
Emel : mamavite@gmail.com

No comments:
Post a Comment