9 PANDUAN penyusuan
untuk ibu berkerjaya
untuk ibu berkerjaya
Setelah habis tempoh berpantang, ibu mula melangkah ke dunia pekerjaan yang ditinggalkan sebelum ini. Sudah tentu ibu tersebut bercita-cita untuk terus memberi susu ibu sebagai susu yang terbaik untuk bayi kesayangan mereka tetapi tidak tahu bagaimana persediaannya. Pelbagai perkara bermain di fikiran bagaimana nak sediakan stok susu, cara pengendalian dan sebagainya. Apabila tidak tahu cara, terdapat ibu-ibu yang mengambil jalan mudah dengan memberikan susu formula kepada bayi mereka apabila ditinggalkan di taska atau pusat penjagaan dan hanya menyusukan bayi mereka pada waktu malam atau dalam erti kata ‘CAMPUR’. Tahukah anda mencampurkan susu ibu tidak memberi banyak kebaikan kepada bayi mereka. Kenapa kita perlu beri susu yang berlainan kepada bayi kita pada hari yang sama setiap hari sedangkan kita telah ada susu sendiri yang amat bernilai kepad bayi yang kita sayang. Menyusukan bayi juga besar ganjarannya di sisi Allah selain dapat merapatkan hubungan kita dengan anak sehinggalah dewasa.
Saya juga dahulu seorang ibu berkerjaya yang menyusu anak secara eksklusif. Apa yang saya fikirkan adalah memberi susu terbaik untuk anak saya kerana saya mampu berikan. Ye, sebenarnya anda semua mampu dan boleh. Yakinlah pada kemampuan diri sendiri dan berdoalah selalu kepada Allah supaya disihatkan tubuh badan, diberikan susu yang banyak, lancar dan dimudahkan urusan kita untuk menyusukan bayi kita sehingga dua tahun. Sebenarnya tiada alasan untuk kita tidak menyusukan bayi kita dengan susu sendiri kerana semuanya perlu diiringi dengan ilmu, keinginan, semangat dan doa yang berterusan. Sekiranya anda sudah terbiasa dengan rutin memerah susu di rumah dan tempat kerja, cekap mengurus penyimpanan susu ibu, pasti ia menjadi lebih mudah dan kita pun berasa puas kerana dapat memberi susu kita sendiri. Apa yang penting SEMANGAT!!. Haa.. kan dah panjang mukadimahnya.. bukan apa nak bagi ‘warm up’ dan semangat untuk ibu berkerjaya supaya terus memberi susu ibu sebagai hak anak kita. Sebenarnya banyak kelebihan menyusukan anak ni. Nanti saya kongsikan kebaikan menyusukan anak dalam artikel yang lain. Jom tambah ilmu dengan info berikut:
Timba Ilmu sepanjang masa
Sebaik-baiknya sejak dari usia kehamilan, kita sudah pun memasang niat untuk menyusukan bayi sejurus selepas kelahiran. Dalam masa yang sama kita dan suami digalakkan untuk menyertai mana-mana kelas persediaan penyusuan susu ibu yang kini banyak dikendalikan oleh kaunselor-kaunselor laktasi bertauliah. Kita juga perlu banyak membaca isu-isu dan masalah yang berkaitan dengan penyusuan.
Mulakan dengan betul
Apabila dah ada ilmu, praktikkan. Susukan bayi anda sekerap yang boleh mengikut keperluan bayi anda. Pastikan anda aplikasikan posisi penyusuan yang betul dan bayi melekap dengan betul. Ingatlah, bahawa salah satu kejayaan penyusuan susu ibu ialah kekerapan penyusuan. Tidurlah bersama bayi anda supaya anda dapat menyusukan bayi anda pada bila-bila masa yang diingini si manja anda. Anda pun tak perlu bangun ke bilik lain untuk menyusukan bayi yang menyukarkan anda yang masih belum pulih dalam berpantang.
Simpan stok susu
Stok susu yang mencukupi amat penting supaya si manja anda sentiasa mendapat bekalan susu yang cukup sepanjang anda bekerja. Sewaktu berada di tempat kerja, anda perlu menjalankan rutin memerah susu supaya anda dapat menyimpan stok perahan susu ibu yang bukan sahaja cukup untuk keperluannya untuk esok hari malah untuk jangka masa yang lebih panjang. Memerah susu di tempat kerja amat penting supaya ‘demand’ atau permintaan kepada susu anda sentiasa ada. Keadaan ini menyebabkab tubuh akan sentiasa ‘supply’ atau bekalkan susu. Kejayaan penghasilan susu yang banyak disebabkan konsep ‘. Ini bermakna lagi kerap anda memerah, lagi banyak susu yang terhasil! Itu yang saya praktikkan dahulu. Memang meriah susuku ditambah dengan pengambilan suplimen Set Penyusuan Shaklee.
Peralatan penyusuan berkaitan
Anda tidak perlu membazirkan wang untuk membeli peralatan penyusuan tertentu yang kadang kala tidak diperlukan langsung. Jika keliru tentang peralatan penyusuan yang benar-benar sesuai, anda boleh bertanya dan merujuk kepada para ibu lain yang telah berjaya menyusukan bayi masing-masing. Kongsi pengalaman mereka dan jadikan ia panduan untuk anda membuat keputusan yang tepat untuk diri dan si manja.
Bincang dengan majikan
Amat penting untuk anda mengadakan perbincangan dari hati ke hati dengan pihak majikan bagi membolehkan anda menggunakan sedikit waktu daripada masa kerja untuk melakukan rutin memerah payu dara. Ini bagi mengelakkan sebarang isu tidak puas hati antara kedua-dua belah pihak.
Perah susu di pejabat
Memerah susu di pejabat amat penting untuk memastikan stok perahan susu ibu berjalan dengan lancar tanpa menghadapi banyak masalah. Sekiranya bekerja 8 jam sehari, anda digalakkan untuk memerah payu dara sekurang-kurangnya 2 hingga 3 kali sepanjang tempoh berkenaan.
Kurangkan tekanan
Sememangnya tugasan pejabat amat melelahkan dan boleh membuat anda tertekan dan boleh menyebabkan penghasilan susu ibu terjejas. Dengan melakukan rutin memerah payu dara, anda akan lebih tenang! Ini kerana hormon yang dirembeskan ketika itu menimbulkan ketenangan. Antara lain, anda juga boleh menutup lampu ketika melakukan rutin itu. Saat ini bayangkan bayi sedang menyusu sambil menutup mata. Anda pasti dapat mengumpul amaun susu yang lebih banyak dari biasa.
Makan secara sihat
Salah satu faktor kejayaan susu ibu secara eksklusif ialah menjaga dengan teliti corak pemakanan seharian. Oleh itu jangan sesekali mengabaikan waktu makan utama iaitu sarapan, tengah hari dan malam. Makanlah dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Anda digalakkan untuk makan di antara waktu makan utama dengan mengambil snek berkhasiat seperti buah-buahan segar dan sebagainya.
Ikut keperluan bayi
Dalam apa jua amalan yang ingin dipraktikkan, pasti akan timbul masalah. Jangan kuathir. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Jika anda berhadapan dengan masalah susu semakin berkurangan, ambil cuti dan luang lebih banyak masa untuk menyusu bayi secara eksklusif. Di rumah, gunakan masa yang ada semaksimum boleh dengan lebih kerap menyusukan bayi secara langsung, ia berupaya merangsang penghasilan susu.
Itu lah 9 panduan yang boleh kita ikuti untuk menjayakan penyusuan susu ibu. Pepatah ada mengatakan‘Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’. Berilah titisan emas yang telah Allah anugerahkan kepada semua ibu untuk bayi kita. Bagi meningkatkan penghasilan susu ibu atau ingin menambat zat dalam kandungan susu anda , dicadangkan mengambil Set Penyusuan Shaklee. Saya telah mencuba dan mendapat banyak manfaat darinya. Kenapa kita nak berhabis wang ringgit membeli susu formula yang mahal sekiranya kita boleh mengambil vitamin Shaklee yang bernutrisi lalu disalurkan kepada si manja kita? Tepuk dada tanya selera..
Dapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa, info dan tips
kesihatan dari saya;
Call/WhatsApp: 019-6402117 (Ina)
Emel : mamavite@gmail.com

No comments:
Post a Comment