Inginkan anak? Usaha dan Tawakal
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga, pastinya
menginginkan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri hidup, penghibur hati dan pengubat di kala kesunyian. Dengan adanya
cahaya mata juga dapat mengukuhkan lagi ikatan suami isteri. Banyak perkara
dapat dipikul bersama dalam mendidik dan membesarkan anak.
Bersyukurlah bagi mereka yang baru sahaja mendirikan rumah
tangga tetapi telah dikurniakan cahaya mata dengan cepat. Seperti kata orang
murah rezeki. Tetapi bagaimana pula deangan pasangan yang telah bertahun-tahun
berkahwin, tetapi masih tidak mempunyai anak walau seorang. Sememangnya anak
adalah pemberian Allah. Namun bagi pasangan yang belum menerima cahaya mata
bukanlah bermakna mereka perlu berserah sahaja. Kita dituntut untuk berusaha
dalam apa jua perkara yang kita lakukan kemudian bertawakal kepada Allah.
Hadis Rasulullah: “Berubatlah hai hamba-hamba Allah.
Sesungguhnya Allah tidak akan menurunkan penyakit kecuali telah menurunkan pula
ubatnya; selain ubat kelemahan kerana tua” (Riwayat Ahmad)
Apakah usaha yang boleh
diambil untuk mudah hamil
1. Berjumpa doktor pakar
Setelah 6
bulan mencuba tetapi masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk hamil, anda
haruslah berjumpa dengan doktor pakar untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan
dan seterusnya mendapatkan bimbingan. Biasanya doctor akan mengenalpasti
masalah yang dihadapi iaitu:
- Kemampuan lelaki menghasilkan sperma dan kemampuan perempuan
untuk
menghasilkan telur.
- Ujian darah untuk mengenalpasti pengovulan (pengeluaran telur
wanita)
- Pemeriksaan anggota reproduktif wanita untuk mengenalpasti
sama ada rahim
wanita itu sihat atau tidak dan adakah salur telur tersumbat
atau tidak.
2. Mengambil ubat-ubatan
tradisional/vitamin tambahan
Suami dan
isteri digalakkan mengamalkan ubat-ubatan tradisional atau mengambil vitamin
tambahan sebagai pelengkap kepada tubuh badan untuk membantu meningkatkan
kesuburan. Ini kerana antara faktor utama pasangan berkahwin yang belum
memiliki cahaya mata ialah masalah kurang subur yang disebabkan masalah haid
tidak teratur atau sperma suami yang lemah. Anda boleh cuba Set Kesuburan Shaklee sebagai vitamin tambahan dan lihat testimoni
yang telah berjaya.
3. Berdoa dan mengamalkan
ayat-ayat al-Quran
Ayat al-Quran
merupakan mukjizat Allah kepad nabi Muhammad SAW. Ayat-ayat al-Quran mampu
memberi keberkatan dalam menyembuhkan penyakit. Apa yang penting ialah
kesungguhan kita berusaha untuk mengamalkannya. Selepas solat amalkan ayat-ayat
al-Quran berikut: Ayat 74 surah Al-Furqan, ayat 89 surah An Nisa, ayat 4 dan 5
surah Maryam. Semua amalan ini memerlukan keyakinan dan kesungguhan yang tinggi
terhadap Allah kerana dia jua tempat manusia memohon pertolongan.
Setelah
mengamalkan usaha di atas tetapi belum memiliki anak, jangan mudah berputus
asa. Teruskanlah memohon kepada Allah dan berusaha untuk melakukan apa sahaja
kaedah perubatan selagi tidak melanggar syariat
Sebagai salah satu usaha dan ikhtiar untuk menimang cahaya
mata, anda boleh juga mencuba SetKesuburan Shaklee. Sebarang pertanyaan, hubungi saya untuk mendapatkan
harga diskaun istimewa untuk anda.
Untuk info produk, tips dan panduan,
Call/WhatsApp (Ina) 019-6402117

No comments:
Post a Comment