Rahsia Kejayaan Penyusuan Susu Ibu
Menyusukan anak sendiri sehingga umur anak genap 2 tahun atau lebih merupakan satu tugas mulia yang tidak semua ibu mampu melaksanakannya. Terdapat pelbagai cabaran yang mana ibu mudah putus asa dan seterusnya memberikan susu formula kepada anak mereka sebagai jalan mudah. Menyusukan anak dengan susu ibu menjadi lebih sukar apabila ibu yang sudah tamat menjalani tempoh berpantang kembali bekerja. Persediaan dan ilmu yang tidak mencukupi akhirnya menafikan hak anak untuk mendapatkan titisan emas susu ibunya.
Berdasarkan pengalaman saya sewaktu memberikan susu sendiri memang banyak cabarannya. Apatah lagi saya seorang ibu yang bekerja. Teramatlah rugi sekiranya tidak dapat memberi susu terbaik di dunia iaitu susu ibu kepada anak. Perasaan letih, tercari-cari masa untuk mengepam di tempat kerja, nak mengurus susu perahan, persediaan susu ibu ke taska dan menguruskan peralatan penyusuan, semuanya menuntut kesabaran yang tinggi. Walaubagaimana pun kesabaran tersebut membuahkan kemanisan kerana menyusukan anak dengan susu sendiri merupakan satu kejayaan kerana ia bukan satu perkara yang mudah lebih-lebih lagi untuk ibu-ibu yang bekerja seperti saya. Apa yang penting di sini ialah keazaman dan sentiasa menimba ilmu penyusuan susu ibu.
Di sini saya kongsikan apakah rahsia kejayaan penyusuan susu ibu. Selepas ini, tidak ada alasan lagi anda tidak boleh memberikan susu ibu kepada si comel kesayangan anda.
1. Sentiasa bersedia
Persediaan yang dilakukan mestilah sejak anda hamil lagi. Semasa tempoh kehamilan, anda mempunyai masa yang cukup untuk mendalami ilmu penyusuan, memilih pam penyusuan yang sesuai (bagi ibu yang bekerja) dan mendapatkan paling penting mendapatkan sokongan daripada suami. Anda bloeh membuat persediaan dengan menonton video cara dan teknik penyusuan, membaca buku dan melayari internet. Anda juga boleh mendaftar diri dalam forum-forum penyusuan susu ibu untuk mendapatkan gambaran dan maklumat penyusuan.
2. Cari Guru
Sebelum bersalin, hubungi rakan atau saudara terdekat yang Berjaya menyusukan anak dengan baik. Dapatkan tip dan panduan penyusuan daripada mereka. Sekiranya terdapat sebarang masalah, anda boleh hubungi mereka untuk mendapatkan bantuan dari segi nasihat.
3. Pemakanan
Sewaktu menyusu, anda memerlukan lebih banyak kalori berbanding semasa hamil. Bagaimanapun, ini tidak semestinya anda perlu makin lebih. Apa yang perlu anda lakukan ialah mengambil diet yang sihat. Ibu menyusu akan mudah berasa lapar kerana setiap kali sesi penyusuan, lebih banyak kalori akan terbakar. Jadi, ambil makanan dengan kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Mimum banyak air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya anda tidak rasa dahaga dan menjamin penghasilan susu yang banyak. Lupakan masa untuk berdiet secara ekstrim kerana dikhuatiri akan menganggu penghasilan susu ibu dan boleh memberi kesan yang tidak baik kepada anak. Sekiranya anda ingin menambah dan melancarkan susu ibu dan dalam masa yang sama ingin menurunkan berat badan secara sihat, anda boleh mengambil Set Penyusuan Shaklee.
4. Dapatkan bantuan
Memang tidak dinafikan, ibu-ibu pasti merasa amat letih dan lemah selepas melahirkan anak. Dalam tempoh tersebut wanita yang bergelar ibu memerlukan banyak bantuan. Terimalah bantuan yang ditawarkan oleh orang lain kerana anda amat letih dan tidak mampu melakukan tugas harian seperti biasa. Sementara anda menyiapkan diri sendiri, minta bantuan ibu, kakak atau suami untuk melakukan tugas di rumah serta memerhatikan anak-anak yang lain atau memegang bayi seketika.
5. Menyusu dengan kerap
Kebanyakan wanita yang berhenti menyusukan bayi sentiasa beranggapan mereka tidak dapat menghasilkan susu secukupnya. Ini tidak benar kerana setiap wanita mempunyai kemampuan yang sama untuk menyusukan bayi masing-masing. Petanda bayi mendapat susu yang cukup ialah apabila bayi dapat menyusu 8 hingga 12 kali setiap 24 jam serta 6 kali atau lebih salin lampin dan 3 kali atau lebih buang air besar sehari. Menyusulah dengan kerap iaitu setiap 1-3 jam kerana ia secara tak langsung meningkatkan penghasilan susu yang banyak. Bagi ibu yang bekerja pam susu anda selang 3 jam dan susukan bayi anda sepenuhnya di rumah. Perlu diingatkan susu perahan di tempat kerja adalah untuk bekalan anak di pusat penjagaan dan bukannya untuk diberikan kepada bayi sebaik sahaja anda sampai ke rumah.
6. Belajar posisi yang betul
Bagi wanita yang pertama kali melahirkan anak, sewaktu anda masih di hospital, minta bantuan daripada jururawat terlibat untuk mengajar anda posisi menyusu bayi dengan betul.
- Pastikan bayi melekap dengan betul supaya susu dapat keluar dengan lancar dan anda tidak mengalami keadaan puting luka.
- Bayi perlulah menghadap wajah anda dengan perutnya menyentuh anda. Jika perlu, tinggikan bayi dengan meletakkan bantal serta angkat mukanya ke arah payu dara.
- Geletek bibir bayi dengan puting payu dara anda sehingga dia membuka mulutnya seperti menguap.
- Sebaik bayi membuka mulut seluasnya, segera acukan ke arah payu dara.
- Pastikan bayi melekap pada seluruh puting dan sekurang-kurangnya 1 inci areola ke dalam mulutnya.
7. Kenal pasti masalah dengan segera
Jika anda menghadapi sebarang masalah mengenai penyusuan, segera dapatkan cara penyelesaiannya. Antara kesakitan yang mungkin dihadapi ialah susu tidak keluar, puting berdarah dan payu dara bengkak. Sekiranya anda tidak mengatasi masalah ini dengan segera, kemungkinan anda akan berputus asas dan hasrat menyusukan si comel anda akan berhenti separuh jalan sahaja.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai penyusuan, anda boleh juga menghubungi saya. InsyaAllah dengan pengalaman yang saya ada, saya akan membantu anda sebaik mungkin. Jangan malu dan segan untuk menghubungi saya kerana ‘sharing is caring’ kan..
Untuk tambah dan lancarkan susu ibu, anda boleh cuba Set Penyusuan Shaklee.
Untuk tambah dan lancarkan susu ibu, anda boleh cuba Set Penyusuan Shaklee.

No comments:
Post a Comment