Saturday 15 March 2014

Senarai Harga Produk Shaklee

Senarai Harga Produk Shaklee

Berikut adalah harga runcit.. Jika anda inginkan harga diskaun yang lebih jimat dan murah, hubungi saya 019-6402117.


Friday 28 February 2014

Susu Sedikit Mainan Psikologi

SUSU SEDIKIT, MAINAN PSIKOLOGI


 

 
 

Kerapkali kita dengar ibu mengeluh atau memberi alasan tidak dapat menyusukan anak kerana susu sedikit dan tidak mampu menampung keperluan bayi. Ketahuilah tanggapan ini sebenarnya hanyalah mainan psikologi. Susu ibu tidak akan keluar sekiranya payu dara ibu tidak dirangsang oleh sedutan dari mulut bayi sendiri. Kebanyakan ibu gagal menyusukan anak kerana mereka berhenti atau berputus asa memberikan susu selepas mendapati susu tidak ada atau susu kurang tanpa mengenalpasti punca sebenar terjadinya keadaan seperti itu.
 
Sebaik sahaja ibu melahirkan bayi, ibu perlulah terus menyusukan bayi mereka. Pada waktu itu memang kebiasaanya susu tidak akan keluar seperti yang kita harapkan kerana yang terhasil hanyalah cecair jernih kekuningan yang dikenali sebagai kolostrum. Kolostrum susu ibu (susu awal) terhasil dalam lingkungan tiga hari pertama selepas kelahiran bayi. Ia amat berharga untuk bayi anda kerana membekalkan pelbagai khasiat penting.
 
Berdasarkan  pengalaman saya dahulu, selepas melahirkan bayi saya terus menyusukan bayi selama tiga hari berturut-turut siang dan malam walaupun ‘tiada susu’. Waktu itu di hospital, bayi memang mengepit dengan saya sahaja.  Apa yang saya berikan hanya cecair kolostrum tanpa memberi susu formula langsung. Walaupun cecair tersebut nampak sedikit tetapi sebenarnya ia sudah cukup mengenyangkan bayi kerana saiz perutnya pun kecil sahaja dan memadai untuk keperluannya. Bayi saya tidak menangis kelaparan kerana saya menyusukannya dengan kerap sehinggalah pada hari ke tiga, susu saya keluar mencurah-curah. Pada waktu itu, saya dapat rasakan sebuah kejayaan kerana ia hasil kesabaran saya membiarkan mulut bayi merangsang payu dara untuk mengaktifkan kelenjar memari seterusnya menghasilkan susu. Jadi anda jangan menganggap susu anda tiada dan tidak cukup untuk bayi anda. Sekiranya anda berputus asa dari awal, sudah tentu hasrat anda untuk menyusukan bayi terputus di pertengahan jalan.
 
Apa yang dapat disimpulkan bahawa penyusuan susu ibu adalah berdasarkan konsep permintaan dan penawaran (demand & supply). Macam ekonomi pula tu. Tetapi ini memang benar sebab jika tiada permintaan tiadalah penawaran. Sekiranya bayi tidak meminta, tubuh kita tidak akan menghasilkan susu. Oleh itu, semakin kerap bayi menyusu, semakin galak penghasilan susu. Dalam keadaan ini, tubuh anda mengetahui ada permintaan untuk penyusuan apabila bayi kerap menyusu (dianggarkan 8 – 12 kali sehari) iaitu lebih kurang 2-3 jam sekali.
 
Fakta tentang penghasilan susu ibu
Menurut kaunselor laktasi Zatul Hijanah Ramzi, selain dari hormon prolaktin (berfungsi menghasilkan susu) dan oksitosin (berperanan mengeluarkan susu dari payudara), terdapat satu lagi bahan penting iaitu feedback inhibitor of lactation (FIL). Ia merupakan sejenis protein di dalam susu yang berkumpul di payu dara ibu. Fungsinya memberi maklum balas kepada proses penghasilan susu.

 
Jika susu ibu tidak dikeluarkan kesan daripada kurang penyusuan terus atau kurang diperah, maka banyak FIL berkumpul dalam payu dara. Tahap FIL yang tinggi akan memberi petunjuk supaya susu kurang dihasilkan. Jika perkara ini dibiarkan berterusan, lama-kelamaan penghasilan susu akan berkurangan. Namun sekiranya susu ibu sentiasa dikeluarkan sama ada penyusuan terus bayi atau kerap diperah, maka FIL kurang berada di dalam payu dara. Apabila tahap FIL rendah, ia akan memberi petunjuk agar lebih banyak susu dihasilkan.

 
Oleh kerana itulah, anda perlu terus menyusukan bayi biarpun anda menganggap susu keluar dalam amaun sedikit. Tahukan anda bahawa bayi menyusu untuk memenuhi keperluannya dan berhenti setelah berasa kenyang. Jadi, amaun yang anda anggap sedikit itu sebenarnya sudah memadai bagi bayi pada setiap sesi penyusuan. Pada awal tempoh penyusuan selepas melahirkan bayi, susu yang keluar memang sedikit. Maka dengan itu, anda perlu memberi rangsangan ke atasnya dengan lebih kerap menyusukan si kecil agar penghasilan susu menjadi stabil.
 
Cara Tingkatkan Pengeluaran Susu
Terdapat pelbagai panduan cara untuk membantu anda meningkatkan pengeluaran susu. Butiran di bawah amat bermanfaat untuk anda ikuti:
1.     Letakkan bayi berada dekat dengan payu dara
2.     Jangan berikan puting kosong (pacifier) kepada bayi dengan alasan mahu menengkannya. Hal ini boleh menyebabkan bayi keliru puting sekali gus mengurangkan kekerapannya melakukan penyusuan langsung.
3.    Galakkan bayi menyusu sekerap mungkin. Lebih kerap anda menyusukan bayi, lebih banyak susu dapat dihasilkan.
4.     Jangan sesekali hadkan kekerapan menyusukan bayi.
5.    Susukan bayi dengan kedua-dua belah payu dara. Jangan hanya menumpukan sebelah bahagian payu dara sahaja. Hal ini penting agar penghasilan susu setara dan sama-sama stabil.
6.     Berehat sekerap mungkin dan sentiasa bertenang ketika menyusukan bayi bagi melancarkan aliran susu.
7.     Bersabarlah menunggu bayi anda menghabiskan sesi penyusuannya kerana susu di akhir sesi penyusuan lebih pekat berbanding susu di awal sesi penyusuan. Ini memberikan nutrisi yang secukupnya dan rasa kenyang kepada bayi anda.
 

Untuk menggalakkan penghasilan susu sejak kehamilan lagi, anda boleh mengambil SET KEHAMILAN SHAKLEE
 

 
Dapatkan produk Shaklee, info dan tips kesihatan dari saya;
Call/WhatsApp: 019-6402117 (Ina)

COD kawasan Klang, Kapar, Meru, Setia Alam dan Port Klang
Penghantaran seluruh Malaysia melalui pos laju.



Tuesday 25 February 2014

Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!

Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!

 
Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.
 
Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.
 
1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
 
a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerjae) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
 
 
2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).
 
a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.b) Bersini) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
 
 
3. BATUK
 
a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
 
 
4. KERONGKONG
 
a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
 
 
5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
 
a) Bibir pucati) Sistem penghadaman yang lemah.ii) Perut mengandungi angin.iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.
 
 
6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
 
a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
 
 
7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
 
a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
 
 
8. KULIT Berpeluh :
 
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
 
 
9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
 
 
10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
 
 
11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
 
 
12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
 
 
13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
 
a. Sakit Sendii) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
 
 
14. TANDA-TANDA DALAMAN
 
A. KEPALA
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
 
B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
 
C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA

a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
 
D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.
 
E. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
 
F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
 
 
15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH
 
a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.b) MUNTAH DARAHi) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong danii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
 
 
16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.
 
 
17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT  :Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
 
 
18. KENCING
 
a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran 
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
 
 
19. BUANG AIR BESAR
 
a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
 i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus. 
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
 
 
20. BADAN
 
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.

i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
 
 
21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
 
 
22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
 
 
23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.
 
 
24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
 
a) Sistem jantung yang lemah
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.
 
 
25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

 
Disediakan oleh:Pn. Rusnani Omar Penolong PendaftarUnit Keselamatan & kesihatan PekerjaanUniversiti Malaysia Perlis

Sunday 23 February 2014

Penawar Terbaik untuk Sakit Sendi/Arthritis dan Otot

PENAWAR TERBAIK UNTUK SAKIT SENDI, ARTHRITIS, OTOT
 
 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Seringkali kita dengar ibu bapa kita atau orang-orang yang semakin meningkat umur ni mengalami sakit sendi dan lenguh-lenguh badan.. Sakit sebegini membuatkan mereka tidak dapat bergerak dengan baik kerana kesakitan yang mereka alami. Kadang kala bukan orang yang sudah tua sahaja mengalami situasi ini tetapi kita yang masih muda sokmo ni pun sering sakit-sakit terutamanya di bahagian lutut, pinggang dan belakang badan. Bila sakit nak dirikan solat memang bermasalah. Nak selesaikan kerja-kerja rumah pasti tergendala dek penangan sakit sendi yang tak tertahan.

Tahukah anda, masalah sendi terjadi dan terkumpul daripada tisu-tisu sendi yang telah haus dan rosak semenjak kecil lagi!. Kita tidak berasa sakit sendi semasa penipisan rawan disebabkan rawan tidak mempunyai saraf.




Terdapat 2 jenis sakit sendi (arthritis) kronik yang utama iaitu:

1. Osteoarthritis – berkaitan kehausan sendi & tulang rawan. Osteoarthritis berlaku apabila tulang rawan antara tulang kita menipis akibat haus dan rosak. Walau bagaimana pun, tulang rawan adalah tisu hidup dengan keupayaan untuk menjana semula secara semula jadi apabila diberi khasiat yang sesuai.
2. Reumatoid arthritis – penyakit sistem imun yang menyerang tisu sendi.


Wanita mempunyai risiko 2 kali ganda mendapat serangan sakit sendi akibat arthritis manakala lelaki lebih berisiko mendapat penyakit gout.


Antara simptom penyakit sendi ialah:

* Kesakitan melampau
* Kejang sendi
* Radang dan bengkak
* Kemerahan
* Sukar bergerak


Selalunya simptom-simptom tersebut sangat berkait rapat dengan penyakit arthritis yang semakin menular di kalangan penduduk Malaysia.

 
Antara faktor yang meningkatkan risiko serangan arthritis ialah:

* Keturunan
* Peningkatan usia
* Masalah kecederaan lama
* Berat badan berlebihan

Punca SAKIT SENDI?

Secara umum, sendi boleh sakit disebabkan kerosakan pada ligamen, otot, kulit, pangkal saraf atau sendi itu sendiri. Antara punca kerosakan 
  1. Kemalangan- boleh mencederakan otot dan sendi, meningkatkan risiko kesakitan sendi
  2. Kecederaan disebabkan bersukan, mengangkat benda berat atau pergerakan berlebihan
  3. Faktor  usia - cartilage menipis, kepadatan otot berkurang dan kusyen sendi berkurang bila semakin berusia boleh menyebabkan sendi sakit
  4. Berat badan berlebihan - boleh memberi tekanan kepada sendi dan menyakitkan
Sendi ada beberapa jenis seperti sendi lesung (bahu, pinggul), sendi engsel (lutut, siku) dan banyak lagi.
 

Penyakit berkaitan sendi?

  1. Penyakit auto imun seperti  Rheumatoid Arthritis (RA) dan Lupus (SLE)
  2. Gout
  3. Arthrithis
  4. Osteoporosis
  5. Tendinitis
  6. Penyakit berjangkit seperti influenza, hepatitis dan rubella

Tips penjagaan kesihatan sendi

  1. Lakukan senaman secara rutin kerana ia boleh mengelakkan sendi dan otot menjadi lemah
  2. Kawal berat badan anda supaya tidak melebihi berat normal
  3. Makan makanan yang baik untuk sendi seperti : 
  • Glucosamine - membantu pembentukan kartilaj
  • Kalsium dan mineral - membantu pembentukan sel tulang yang sihat
  • Omega 3 - bersifat anti radang yang membantu & mencegah masalah sakit sendi
  • Vitamin D - meningkatkan penyerapan Kalsium
  • Vitamin C - bersifat antioksida yang menghalang kerosakan sel dalam sendi

Supplemen SHAKLEE untuk sakit sendi, arthritis dan otot.

Ubat penahan sakit atau NSAIDS (ubat anti-radang bukan steroid) boleh melegakan jesakitan sendi serta merta, tetapi tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyembuhkan sendi. Ia hanya boleh menyembunyikan kesakitan dan boleh menyebabkan sendi merosot dengan lebih cepat! Suplementasi dengan nutrien  yang sesuai dan semulajadi seperti Set Kesihatan Sendi Shaklee dapat membantu mencegah kemusnahan rawan yang teruk tanpa kesan sampingan.



 

1. Advance Joint Health Tablet (AJHT)
  • Membantu mengekalkan tulang rawan sihat
  • Mengandungi tiga bahan penting yang menyokong kesihatan sendi iaitu : 
            - Ekstrak Boswellia : Menyokong keselesaan sendi
            - Ekstrak Jagung : Meningkatkan kesan kusyen
            - Vitamin C
, Mangan, Tembaga dan Zink : Memelihara tisu sambungan yang sihat

  • Telah diuji secara klinikal berkesan dalam masa 5 hari
  • Tidak mengandungi kondroitin sulfat yang tidak diserap dengan baik apabila diambil secara oral serta boleh mengganggu penyerapan glukosamina.
2. Omega Guard
  • Mengurangkan inflamasi
  • Mengandungi Omega 3 yang membantu : - melambatkan degradasi tulang rawan
            - mengurangkan reaksi keradangan dan mengurangkan gejala sakit sendi
            - bertindak sebagai pelincir yang membantu pergerakan sendi lebih lancar 

  • Diproses melalui kaedah penyulingan berperingkat untuk membuang bahan kontaminan (plumbum, merkuri dll.) dan mengurangkan oksidasi dan pembentukan lemak trans.

3. Ostematrix
  • Mengurangkan inflamasi
  • Mengekalkan sel tulang yang sihat
  • Mengurangkan gejala sakit sendi dan tulang
  • Bertindak sebagai pelincir yang membantu pergerakan sendi lebih lancar
  • Terbukti secara klinikal diserap sepenuhnya selepas 12 jam pengambilan
Testimoni 1: Ibu Noorlyza dah tak gunakan tongkat selepas mengamalkan
set kesihatan sendi.




Testimoni 2 : Sakit belakang selepas ceaserian pulih selepas mengambil
 Advance Joint Health Tablet (AJHT)




Untuk bebas bergerak tanpa kesakitan dan ketidakselesaan, ambillah Set Kesihatan Sendi Shaklee. Ia pasti tidak menghampakan anda. InsyaAllah. Hadiahkan kepada ibu bapa dan suami  tersayang sebagai perhatian dan penghargaan anda kepada mereka.
 
Dapatkan produk Shaklee, info dan tips kesihatan dari saya;
Call/WhatsApp: 019-6402117 (Ina)

































 
 


 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 

Thursday 20 February 2014

ESP Produk Hot, On Demand dan Best Seller

ESP Produk Hot - On Demand
dan Best Seller


Alhamdulillah.. kita masih dipanjangkan umur untuk bertemu lagi.. pejam celik pejam celik.. sekejap dah masuk bulan Mac.. begitu pantas masa berlalu.. seiring berlalunya masa, kesihatan juga perlu dijaga kerana semakin bertambah usia, maka semakin banyak penyakit datang menyinggah di tubuh kita.. Jadi tubuh badan perlukan vitamin dan zat penting untuk mengekalkan tahap kesihatan agar sentiasa cergas dan bertenaga..

Kali ini, selepas 2 tahun menanti, akhirnya ESP muncul dengan special offer!! Beli 6 percuma 1 !!.. Anda bukan sahaja dapat menikmati dengan harga murah tetapi terus dapat menjadi ahli secara PERCUMA..!! Kalau anda nak beli 1 sahaja pun masih murah dari biasa.. jom dapatkan ESP ni cepat2.. Kepada yang masih tak kenal ESP, jemput baca kebaikan ESP.. Dah cuba baru jatuh cinta dengan ESP.. Tak rugi beli..



 
KEBAIKAN ESP


ESP ni sebenarnya BUKAN UNTUK WANITA MENGANDUNG ATAU MENYUSU sahaja! jangan salah faham tau. ESP ni sesuai untuk semua. Yang belum kahwin, dah kahwin, orang2 tua, even kanak2 setahun ke atas pon boleh minum sekali. Dannnn, LELAKI pon boleh minum. So, kalau si isteri dah beli, boleh laa kongsi dengan anak dan suami.  Makanan tambahan seisi keluarga.. I love ESP..


Kenapa Ramai Yang Sukakan ESP dan Menjadi Hot Produk Kami?

1) ESP menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri
2) ESP menganjalkan semula payudara yang kendur dan mengembalikan kecantikkan payudara anda
3) ESP memberi tenaga, badan semakin sihat dan kurang letih
4) Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, ESP sangat-sangat membantu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan merupakan salah satu milkbooster yang hebat
5) ESP juga membantu menghaslkan susu yang lebih pekat dan berkrim, kesannya bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam
6) Bagi ibu-ibu mengandung, ESP membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu di tahap optimum
7) Cepat kenyang dan membantu dalam menurunkan berat badan.
8) Berupaya menghilangkan parut jerawat di muka, kerana terjadinya parut akibat kekurangan protein unuk membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati.
9) Berkesan mengurangkan eczema dan masalah kulit

 Wowww! betul ke?.. Masih tak percaya, jom baca testimoni ESP kat bawah ni;
 
Testimoni 1 : Kulit sihat dan gebu dengan ESP 
 
 
  
Testimoni 2 : ESP membantu ibu menyusu cergas dan bertenaga
 

 
 
Testimoni 3 : Gabungan Vita C dan ESP merawat gastrik, menghalus, melembutkan kulit muka dan menghilangkan kekusaman 

Sebenarnya banyak lagi testimoni ESP dalam simpanan saya.. Tetapi apa kata kalau anda pula yang mencuba dan berikan testimoni pada saya :)

Nak ESP dengan harga diskaun? cepat2 hubungi saya;

Sebagai pelanggan MAMA SIHAT, anda berhak mendapat consultasi percuma, tips, panduan pemakanan suplimen, kupon penebusan hadiah dan FREE GIFT yang menarik!!


Call/WhatsApp: 019-6402117 (Ina)




 

Monday 17 February 2014

Penghasilan Susu Ibu Berganda

Penghasilan Susu Ibu Berganda
Dengan Set Bajet B


 

Walaupun hanya mengamalkan set B atau set yg paling asas untuk penyusuan tapi hasil nya tetap mengujakan..masih lagi dpt kumpul stok smpai penuh peti ais, pam cuma 10 minit tapi dah penuh botol, susu makin pekat dan anak cepat kenyang, anak sihat dan gebu dan yang paling best bila badan ibu sentiasa bertenaga dan bonusnya berat badan pun cepat turun..



 Apa yg ada dalam Set B dan bagaimana ia membantu penyusuan susu ibu?

 
 1. Vitalea
* membantu tumbesaran ank yg menyusu susu ibunya
* penting dalam pembentukan sel darah merah
* ibu tidak mudah pitam

2. B-COMPLEX
* penting dalam membantu memetabolisme kan karbohidrat, lemak dan protien
* bertindak seperti ubat penenang (anti stress)
* membantu meninggikan sistem pertahanan badan
* menukarkan gula kepada tenaga
* membantu ibu-ibu berfikiran positif (mood ok jer) jd secara automatik penghasilan susu lebih lancar
* wajah ibu berseri dan tidak kusam

3. Vita C Plus
* penting untuk menjaga salur darah
* anti oksidan (wah..ibu sentiasa muda la)
* membantu meningkatkan antibodi ibu dan ank yang sedang menyusu
* sekiranya ibu atau anak demam cuma perlu ambil vita C 2 biji sehari
* mudah sembuh bagi ibu2 yang mengalami puting melecet, luka dan berdarah
* kulit makin bersih, cerah dan cantik

4. Alfalfa
* supplemant yg penting untuk penghasikan susu kerana mempunyai 1001 khasiat
* membantu memekatkan susu dan susu ibu lebih lemak berkrim
* membantu perkumuhan kerana ia juga bertindak sebagai detox * membuang angin dlm badan dan bayi juga susah mengalami kembung * mengurangkan masalah eczema yg dialami oleh bayi
* menyelesaikan masalah keputihan
* bertindak seperti kacip fatimah..yg ni mesti semua suka..

Siapa yg perlukan set ini?
* ibu yg tiada mengalami masalah dalam penyusuan
* ibu yg ingin meningkatkan nutrisi dalam susu badan
* ibu yg ingin sentiasa cergas dan cerdas
* ibu yg ingin memastikan bayi mendapat nutrisi lengkap sepanjang penyusuan

Banyakkan manfaat yang ibu dan bayi akan dapat walaupun hanya mengamalkan set asas ni..tak rugi nak mencuba.. Hubungi saya.. Konsultasi dan cara pengambilan yang betul akan diberikan beserta dengan produk. Diskaun istimewa menanti anda

Jangan segan, jangan silu;

Dapatkan produk Shaklee, info dan tips kesihatan dari saya;

Call/WhatsApp: 019-6402117 (Ina)

Sunday 16 February 2014

3 Rahsia Kulit Cantik Gebu


3 Rahsia Kulit Cantik Gebu


 

Siapa tak nak kulit yang cantik, licin, segar dan sihat kan? Umur 30 tapi nampak macam umur 20.. awet muda giteww.. Tak mustahil untuk dapat kulit awet muda kalau kita berikan sel kulit kita makanan yang diperlukan untuk kekal muda. Dalam muda luar pun nampak mudalah kan...

Nak kulit sihat cantik berseri?  Berikan kulit anda 3 makanan kulit iaitu B-complex, Vitamin E dan Vitamin C.

B-complex
  • Memelihara kesihatan kulit dari dalam
  • Melancarkan pengaliran darah ke seluruh badan dan muka (agar wajah nampak berseri )
  • Melindungi kulit dari sinaran ultraviolet
  • Mengurangkan garis-garis halus pada kulit wajah
  • Mengurangkan jerawat akibat stress
  • Mengurangkan stress dan wajah akan kelihatan lebih ceria
  • Menguatkan rahim, jantung, paru2 dan organ2 yang penting
  • Membantu tubuh agar bertenaga dan segar
  • Vitamin penting untuk kesihatan sistem saraf
Vitamin E
  • Dikenali dengan nama Vitamin Cantik sebab penting untuk kecantikkan kulit
  • Bertindak sebagai anti penuaan dan anti oksida
  • Melindungi dan mencegah kerosakan sel
  • Mempercepatkan proses pemulihan kulit
  • Berupaya mengawal kandungan minyak dalam kulit supaya kulit kelihatan glowing tapi tidak berminyak.
  • Berupaya mengurangkan kesan jeragat yang ada pada kulit 

Vitamin C
  • Membantu tubuh menghasilkan kolagen & memudarkan jeragat
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran luar
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelembutan serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit





Hanya dengan 3 MAKANAN KULIT dan hasilnya wowww

    Kulit kurang berkedut dan kurang garis halus

    Kulit tampak awet muda dan lebih anjal dan pastinya lebih glowing

    Tona kulit sekata

    Kesan jerawat dan jeragat memudar

       
Nak cantik tak susah pun. Tapi kenalah berikan kulit apa yang diperlukan. Jom dapatkan 3 produk special ini dengan harga yang sungguh berbaloi.Konsultasi dan cara pengambilan yang betul akan diberikan beserta dengan produk. Diskaun istimewa menanti anda :)


Dapatkan produk Shaklee, info dan tips kesihatan dari saya;


Call/WhatsApp: 019-6402117 (Ina)
Add/Like FB :
Mama Sihat Dengan Vitamin Organik
Emel : mamavite@gmail.com

http://www.mama-sihat.blogspot.com