Friday 28 February 2014

Susu Sedikit Mainan Psikologi

SUSU SEDIKIT, MAINAN PSIKOLOGI


 

 
 

Kerapkali kita dengar ibu mengeluh atau memberi alasan tidak dapat menyusukan anak kerana susu sedikit dan tidak mampu menampung keperluan bayi. Ketahuilah tanggapan ini sebenarnya hanyalah mainan psikologi. Susu ibu tidak akan keluar sekiranya payu dara ibu tidak dirangsang oleh sedutan dari mulut bayi sendiri. Kebanyakan ibu gagal menyusukan anak kerana mereka berhenti atau berputus asa memberikan susu selepas mendapati susu tidak ada atau susu kurang tanpa mengenalpasti punca sebenar terjadinya keadaan seperti itu.
 
Sebaik sahaja ibu melahirkan bayi, ibu perlulah terus menyusukan bayi mereka. Pada waktu itu memang kebiasaanya susu tidak akan keluar seperti yang kita harapkan kerana yang terhasil hanyalah cecair jernih kekuningan yang dikenali sebagai kolostrum. Kolostrum susu ibu (susu awal) terhasil dalam lingkungan tiga hari pertama selepas kelahiran bayi. Ia amat berharga untuk bayi anda kerana membekalkan pelbagai khasiat penting.
 
Berdasarkan  pengalaman saya dahulu, selepas melahirkan bayi saya terus menyusukan bayi selama tiga hari berturut-turut siang dan malam walaupun ‘tiada susu’. Waktu itu di hospital, bayi memang mengepit dengan saya sahaja.  Apa yang saya berikan hanya cecair kolostrum tanpa memberi susu formula langsung. Walaupun cecair tersebut nampak sedikit tetapi sebenarnya ia sudah cukup mengenyangkan bayi kerana saiz perutnya pun kecil sahaja dan memadai untuk keperluannya. Bayi saya tidak menangis kelaparan kerana saya menyusukannya dengan kerap sehinggalah pada hari ke tiga, susu saya keluar mencurah-curah. Pada waktu itu, saya dapat rasakan sebuah kejayaan kerana ia hasil kesabaran saya membiarkan mulut bayi merangsang payu dara untuk mengaktifkan kelenjar memari seterusnya menghasilkan susu. Jadi anda jangan menganggap susu anda tiada dan tidak cukup untuk bayi anda. Sekiranya anda berputus asa dari awal, sudah tentu hasrat anda untuk menyusukan bayi terputus di pertengahan jalan.
 
Apa yang dapat disimpulkan bahawa penyusuan susu ibu adalah berdasarkan konsep permintaan dan penawaran (demand & supply). Macam ekonomi pula tu. Tetapi ini memang benar sebab jika tiada permintaan tiadalah penawaran. Sekiranya bayi tidak meminta, tubuh kita tidak akan menghasilkan susu. Oleh itu, semakin kerap bayi menyusu, semakin galak penghasilan susu. Dalam keadaan ini, tubuh anda mengetahui ada permintaan untuk penyusuan apabila bayi kerap menyusu (dianggarkan 8 – 12 kali sehari) iaitu lebih kurang 2-3 jam sekali.
 
Fakta tentang penghasilan susu ibu
Menurut kaunselor laktasi Zatul Hijanah Ramzi, selain dari hormon prolaktin (berfungsi menghasilkan susu) dan oksitosin (berperanan mengeluarkan susu dari payudara), terdapat satu lagi bahan penting iaitu feedback inhibitor of lactation (FIL). Ia merupakan sejenis protein di dalam susu yang berkumpul di payu dara ibu. Fungsinya memberi maklum balas kepada proses penghasilan susu.

 
Jika susu ibu tidak dikeluarkan kesan daripada kurang penyusuan terus atau kurang diperah, maka banyak FIL berkumpul dalam payu dara. Tahap FIL yang tinggi akan memberi petunjuk supaya susu kurang dihasilkan. Jika perkara ini dibiarkan berterusan, lama-kelamaan penghasilan susu akan berkurangan. Namun sekiranya susu ibu sentiasa dikeluarkan sama ada penyusuan terus bayi atau kerap diperah, maka FIL kurang berada di dalam payu dara. Apabila tahap FIL rendah, ia akan memberi petunjuk agar lebih banyak susu dihasilkan.

 
Oleh kerana itulah, anda perlu terus menyusukan bayi biarpun anda menganggap susu keluar dalam amaun sedikit. Tahukan anda bahawa bayi menyusu untuk memenuhi keperluannya dan berhenti setelah berasa kenyang. Jadi, amaun yang anda anggap sedikit itu sebenarnya sudah memadai bagi bayi pada setiap sesi penyusuan. Pada awal tempoh penyusuan selepas melahirkan bayi, susu yang keluar memang sedikit. Maka dengan itu, anda perlu memberi rangsangan ke atasnya dengan lebih kerap menyusukan si kecil agar penghasilan susu menjadi stabil.
 
Cara Tingkatkan Pengeluaran Susu
Terdapat pelbagai panduan cara untuk membantu anda meningkatkan pengeluaran susu. Butiran di bawah amat bermanfaat untuk anda ikuti:
1.     Letakkan bayi berada dekat dengan payu dara
2.     Jangan berikan puting kosong (pacifier) kepada bayi dengan alasan mahu menengkannya. Hal ini boleh menyebabkan bayi keliru puting sekali gus mengurangkan kekerapannya melakukan penyusuan langsung.
3.    Galakkan bayi menyusu sekerap mungkin. Lebih kerap anda menyusukan bayi, lebih banyak susu dapat dihasilkan.
4.     Jangan sesekali hadkan kekerapan menyusukan bayi.
5.    Susukan bayi dengan kedua-dua belah payu dara. Jangan hanya menumpukan sebelah bahagian payu dara sahaja. Hal ini penting agar penghasilan susu setara dan sama-sama stabil.
6.     Berehat sekerap mungkin dan sentiasa bertenang ketika menyusukan bayi bagi melancarkan aliran susu.
7.     Bersabarlah menunggu bayi anda menghabiskan sesi penyusuannya kerana susu di akhir sesi penyusuan lebih pekat berbanding susu di awal sesi penyusuan. Ini memberikan nutrisi yang secukupnya dan rasa kenyang kepada bayi anda.
 

Untuk menggalakkan penghasilan susu sejak kehamilan lagi, anda boleh mengambil SET KEHAMILAN SHAKLEE
 

 
Dapatkan produk Shaklee, info dan tips kesihatan dari saya;
Call/WhatsApp: 019-6402117 (Ina)

COD kawasan Klang, Kapar, Meru, Setia Alam dan Port Klang
Penghantaran seluruh Malaysia melalui pos laju.



No comments:

Post a Comment