Sunday 9 February 2014

Mitos Pil Perancang

MITOS PIL PERANCANG





Menjarakkan kehamilan membolehkan anda memulihkan kesihatan dalaman dan mempunyai masa yang panjang untuk berehat dan dapat mengeratkan hubungan antara si ibu dan anak di samping dapat membuat perancangan daripada aspek ekonomi dan pembangunan keluarga. Terdapat pelbagai kaedah perancangan keluarga dan salah satu daripadanya adalah pengambilan pil perancang. Namun begitu masih ramai ibu-ibu yang takut untuk mengambil kaedah ini kerana mempunyai pelbagai andaian yang tidak bernas. Ini kerana mereka telah disogok dengan mitos-mitos yang menakutkan mereka. Ikut apakah MITOS PIL PERANCANG ini:
 
1.       Pil boleh menambah berat badan
Fakta : Pertambahan berat badan adalah disebabkan takungan air. Kini ada pil yang mempunyai kandungan tertentu yang menyebabkan tiada takungan air. Jadi anda tidak perlu risau mengenai pertambahan berat badan.
 
2.       Pil boleh menyebabkan jerawat
Fakta : Pil kehamilan yang moden tidak menyebabkan jerawat. Terdapat juga beberapa pil perancang berdos rendah yang boleh didapati di pasaran dapat membantu merawat jerawat.
 
3.       Pil perancangan kehamilan tidak selamat
Fakta : Sejak diperkenalkan 50 tahun lalu, pil perancang makin terkenal. Sama seperti ubat-ubatan yang lain, terdapat risiko kesihatan yang dikaitkan dengan pil perancang tetapi kesan sampingan serius sangat jarang berlaku.
 
     4.       Kesemua pencegahan kehamilan sama
Fakta : Teradapat banyak pil pencegah kehamilan untuk kegunaan para wanita dan setiap satu mempunyai kelebihan yang berbeza.
 
5.       Antibiotik boleh mengganggu keberkesanan pil
Fakta : Keberkesanan pil perancang dan paras plasma steroid perancang kehamilan tidak berubah dengan pengambilan antibiotic secara serentak.
 
6.       Pil boleh menyebabkan kanser
 Fakta : Pil melindungi anda daripada kanser ovary dan kanser rahim
 
7.       Pil menganggu kesuburan
Fakta : Kebanyakan wanita dengan pantas kembali kepada tahap kesuburan sebaik sahaja tidak mengambil pil. Walau bagaimana pun, wanita yang mengalami haid tidak teratur sebelum menggunakan pil akan mengambil masa dalam tempoh yang pendek sebelum kesuburan kembali seperti biasa.
 
8.       Pil hanya digunakan untuk pencegahan kehamilan
Fakta : Selain bertujuan mencegah kehamilan, pil sangat efektif dalam mengurangkan kesakitan ovulasi, senggugut dan simptom pms. Ia boleh mengurangkan risiko anemia, keadaan biasa di mana wanita mengalami haid yang banyak. Pil turut melindungi wanita daripada kehamilan luar rahim, osteoporosis, cyst dan kanser ovary.

 
9.       Mengambil pil boleh melambatkan menopause
Fakta : Mengambil tidak melewatkan menopause. Purata usia menopause di kalangan wanita adalah 51 tahun
10.   Pil menyebabkan kecacatan bayi
Fakta : Sehingga kini, tiada bukti yang dapat mengaitkan pengambilan pil boleh menyebabkan bayi yang lahir cacat.

Memang banyak andaian atau mitos yang tidak disokong dengan fakta yang boleh dipercayai tentang pil perancang. Kebanyakan para wanita di luar sana lebih mempercayai apa yang disampaikan orang lain tanpa membuat kajian dan mencari maklumat sebenar tentang perkara tersebut. Dengan adanya fakta-fakta yang menyangkal mitos-mitos yang wujud ini, diharap ibu-ibu yang ingin menjarakkan kehamilan tidak ragu-ragu lagi untuk mencuba salah satu kaedah perancangan keluarga yang selamat dan 99.9% berkesan.
 

Dapatkan produk Shaklee, info dan tips kesihatan dari saya;

Call/WhatsApp: 019-6402117 (Ina)
Add/Like FB : Mama Sihat Dengan Vitamin Organik 
 



No comments:

Post a Comment